Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

International Research Grants: How to go about it?” oleh Professor Adjung

Oleh: Dr. Nazaitulshila Rasit

Yang Berbahagia Prof. Ir. Mohd Rizal bin Arshad daripada Universiti Sains Malaysia merupakan Professor Adjung telah datang ke PPKK bagi menyampaikan Syarahan Umum beliau yang bertajuk “International Research Grants: How to go about it?”. Syarahan tersebut telah mendapat penyertaan oleh pensyarah-pensyarah di PPKK serta pelajar-pelajar pascasiswazah yang telah berlansung di Bilik Seminar PPKK pada 20 April 2017 yang lalu.

Pelbagai topik menarik berkenaan permohonan geran antarabangsa telah dikongsikan. Pada sebelah pagi, Prof. Ir. Mohd Rizal telah berkongsi pengalaman beliau mendapatkan geran penyelidikan antarabangsa dan apakah kepentingannya kepada pegawai akademik. Syarahan beliau telah memberi inspirasi kepada semua hadirin yang hadir pada pagi itu. Pada sebelah petangnya pula, topik yang paling dinanti-nanti adalah beliau berkongsi berkenaan bagaimana mahu menjadi jurutera profesional (Ir) melalui jurutera bertauliah. Topik ini telah membuka minda semua yang hadir dan menaikkan lagi semangat untuk mendapatkan jurutera profesional bagi mereka yang layak. Secara keseluruhannya, syarahan ini banyak memberikan maklumat yang berkaitan dan latar belakang penyelidikan penceramah yang mempunyai pengalaman yang luas telah memberikan satu aspek baru bagi para akademik dan pelajar pasca siswazah dalam memajukan taraf penyelidikan dan karier masing-masing. Berikut, kami kongsikan gambar yang sempat dirakam ketika program berlangsung.

 Ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Dekan PPKK

 Prof adjung, Prof. Ir. Dr. Mohd Rizal sedang menyampaikan syarahan

 Warga akademik PPKK yang hadir ke program ini

 

Bergambar bersama sebelum program berakhir