• 109.jpg
  • a1.jpg
  • ALL.jpg
  • election-pstgrd--2017.jpg
  • foto1.jpg
  • iet1-2017.png
  • imagepower.jpg
  • INNOVATE.jpg
  • lawatan.png
  • sijildekan2017.jpg

MAJLIS MERAIKAN GRADUAN PRASISWAZAH PPKEE 2016

Majlis ini, selain meraikan para graduan prasiswazah PPKEE 2016, turut bertujuan sebagai satu langkah awal bagi merapatkan hubungan dengan alumni bagi memudahkan perolehan data 5 tahun selepas ini bagi pengukuran PEO.  Aktiviti ini diketuai oleh Dr Mohd Tafir Mustaffa, dibantu oleh Cik Rosni Hasan dan PM Dr Haidi Ibrahim.  Empat orang alumni PPKEE 2016 turut membantu aktiviti ini, iaitu En. Ahmad Hafiz bin Mohamad Razy (graduan 2013), En. Muhammad Ridwan bin Sunandar (graduan 2014), En. Mohd Ilham @ Ishak bin Aman (graduan 2015) dan En. Muhamad Iqbal bin Nor Faizal (graduan 2014).
        

Aktiviti ini telah diadakan pada 27 Oktober 2016 (Khamis), bertempat di Dataran Bintang/ Dewan Budaya, Kampus Induk USM, bermula pada jam 11 tengahhari sehingga 1.30 petang.  Aktiviti yang dijalankan adalah menyampaikan cenderahati, berupa pen dengan cetakan “Alumni EE USM”, dan jamuan ringan.  Seramai 9 orang kakitangan akademik dan 65 graduan telah hadir ke aktiviti tersebut.

xICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNIixICON-DIREKTORIxICON-CAMPUS ONLINE