• 109.jpg
  • a1.jpg
  • ALL.jpg
  • election-pstgrd--2017.jpg
  • foto1.jpg
  • iet1-2017.png
  • imagepower.jpg
  • INNOVATE.jpg
  • lawatan.png
  • sijildekan2017.jpg

Dr. Shahid Iqbal last day in PPKEE, USM

Thank you to Dr. Shahid Iqbal for his contributions to the School for the last 7 years. We will miss him and hope the friendship will continue.May ALlah SWT reward you with Jannah.

PPKEE Menyumbang 50 Unit Osiloskop kepada Kolej Vokasional Nibong Tebal

Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) telah menyumbang 50 unit osiloskop analog terpakai kepada Kolej Vokasional Nibong Tebal. Peralatan makmal lain yang turut disumbangkan ialah logic trainer, multimeter, PLC dan digital meter. Satu majlis ringkas penyerahan osiloskop telah diadakan pada 19 Disember 2016. T

Dekan PPKEE, Profesor Dr. Mohd Rizal Arshad dalam ucapannya berharap agar sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar di Kolej Vokasional . Menurut beliau, kesemua peralatan makmal terpakai ini masih berfungsi dengan baik. Osiloskop analog ini disumbangkan kerana pengajaran-pembelajaran di universiti kini telah beralih kepada osiloskop digital seiring dengan perkembangan teknologi di industri

Manakala Pengarah, Kolej Vokasional Nibong Tebal, Encik Kamarulzaman Nayan dalam ucapan balas berterima kasih kepada USM, khususnya PPKEE. Beliau berharap ini adalah permulaan kerjasama di antara PPKEE dengan Kolej Vokasional Nibong Tebal dan akan terus menerokai peluang-peluang baharu untuk berkolabarasi demi perkembangan akademik Kolej Vokasional Nibong Tebal.

Turut hadir di majlis penyerahan ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan, Siswazah dan Jaringan), Profesor Dr. Mohd Fadzil Ain dan beberapa orang guru daripada Kolej Vokasional Nibong Tebal.

Perkongsian Pengalaman oleh Lim Yuen Ruen



Terlebih dahulu, saya bersyukur kepada Tuhan atas peluang untuk menuntut ilmu pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM). Sesungguhnya saya telah mempunyai banyak pengalaman yang tidak ternilai sepanjang tempoh pengajian saya di USM.

Continue Reading

xICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNIixICON-DIREKTORIxICON-CAMPUS ONLINE