Lawatan Pensyarah dan Pelajar PUO 29 September 2015


 lawatanPUO

Satu lawatan oleh pensyarah dan pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) Ipoh Perak bertujuan melawat PPKEE bagi mendapatkan maklumat tentang peluang menyambungkan pengajian ke peringkat ijazah dan juga masa depan kerjaya di dalam bidang Elektrik & Elektronik.  Pelajar-pelajar yang hadir adalah daripada bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer dan Komunikasi). Seramai 70 pelajar dijadualkan pada asalnya tetapi hanya sekitar 20 pelajar yang dapat meneruskan lawatan ekoran sebuah bas mereka yang rosak. 

Satu taklimat ringkas tentang pusat pengajian telah diberikan oleh Cik Rosni Ketua Penolong Pendaftar PPKEE kepada delagasi pelawat. Pelajar-pelajar ini telah dibawa melawat ke sekitar makmal-makmal di PPKEE oleh En Nazir antaranya Makmal Elektrik Kuasa, Makmal PCB, Makmal Elektronik, Makmal Mekatronik, Makmal Komunikasi dan Makmal Mikropemproses. Hasil lawatan ini dapat memberikan pendedahan kepada pelajar politeknik tentang kemudahan dan peralatan di PPKEE. Akhirnya dapat menimbulkan minat kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke USM setelah tamat program diploma dan disamping itu dapat menjalinkan hubungan sedia ada lebih rapat antara PPKEE dan PUO.