MAJLIS PERSARAAN PROF DR. OTHMAN BIN SIDEK

pada 24 Mei/2016, PPKEE menganjurkan satu majlis persaraan Profesor Dr. othman Sidek.
Profesor Dr. Othman Sidek dilahirkan pada 8/6/1956 di Muar, Johor.

 

Beliau menghabiskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD di USM dan United Kingdom.Mula menabur bakti di USM sekitar tahun 1984 dan kini menjangkau ke angka 32 tahun perkhidmatan sebelum bersara wajib pada 8/ 6/2016 nanti. Memulakan khidmatnya di PP Sains Kejuruteraan dan Teknologi Perindustrian di kampus induk sebelum berpindah setelah pusat pengajian ini berpecah menjadi PP Teknologi Industri di Minden dan PPK Elektrik & Elektronik di Tronoh.Profesor Othman Sidek merupakan Dekan pusat pengajian ini bermula pada tahun 2003 hingga tahun 2007 dan seterusnya meneruskan lagi legasi kecemerlangannya dengan dilantik menjadi Pengarah Pusat Reka Bentuk Mikroelektronik Negara (CEDEC) pada tahun 2006 hingga tahun 2012.


Sesungguhnya, jasa dan sumbangan Profesor Dr. Othman Sidek terhadap pusat pengajian khasnya dan USM amnya tidaklah dapat diganti atau dibalas dengan apa cara sekali pun. Warga PPK Elektrik dan Elektronik hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih dan memanjatkan doa agar Allah S.W.T melimpahkan Rahmah, Mawaddah dan kesihatan yang berpanjangan kepada Profesor Dr. Othman Sidek agar beliau mampu terus berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara.