LAWATAN PEMERIKSA LUAR

Pada 2 Ogos 2016, PPKEE telah menerima kunjungan daripada penilai luar untuk program Kejuruteraan Elektronik iaitu Profesor Kazuaki Sawada.

Beliau telah dilantik oleh pusat pengajian untuk menilai program Kejuruteraan Elektronik yang ditawarkan oleh PPKEE. Proses penilaian telah berlangsung selama tiga hari sehingga 4 Ogos 2016.
Profesor Sawada adalah daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik Maklumat, Toyohashi University of Technology, Jepun dan beliau juga adalah pengarah kepada "Electronics-Inspired Interdisciplinary Research Institute" di Universiti yang sama.
Kepakaran beliau adalah didalam bidang Sensors.

Antara perkara-perkara yang dinilai oleh Profesor Sawada adalah seperti berikut :-
1) Outcome based Education
2) Syllabus of Electronic Engineering program
3) Examination papers, final year project and Industrial Training
4) Quality of staff and students
Disamping itu juga, beliau telah sudi untuk berkongsi kepakaran beliau didalam bidang sensors dengan menyampaikan syarahan bertajuk "Bio image sensors".
Ianya dihadiri oleh lebih kurang 30 orang pelajar dan juga staf USM.

Berikut ialah video pendek lawatan tersebut :
https://www.youtube.com/watch?v=A51uCoy5Ty0
Video disunting oleh En. Abdul Latiff bin Abdul Tawab.