Bengkel Strategik KPI 2019

Lumut, 14 Julai 2019 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) telah mengadakan Bengkel Strategik KPI 2019. Bengkel ini merupakan kesinambungan dari siri bengkel yang pernah diadakan sebelum ini bagi menjayakan perancangan pusat pengajian. 

Antara fokus perbincangan ialah penerbitan, geran (pasca-siswazah), jaringan dan jangkauan, inovasi, penjanaan pendapatan serta sokongan pentadbiran dan teknikal. Pelbagai strategi telah di rangka bagi meneruskan misi dan visi pusat pengajian untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi di atas nama USM.

Program kali ini di lihat lebih segar kerana disulami dengan aktiviti berkeluarga yang diaturkan oleh Persatuan Staf PPKEE. Antara aktiviti tersebut ialah jamuan makan malam, sambutan kelahiran, penghargaan staf dan sukaneka pantai. Perkara ini selari dengan matlamat USM yang sering disuarakan oleh Profesor Datuk Dr. Asma Ismail (Naib Canselor USM) iatu Indeks Keceriaan yang tinggi di kalangan staf untuk sama-sama menyayangi USM dengan menonjolkan semangat kekeluargaan.