Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

TEMUDUGA CALON PELAJAR BARU

Pada  11/5/2016 dan 12/5/2016 PPKEE  menerima kehadiran calon lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma untuk ditemuduga bagi tujuan pengambilan pelajar kemasukan Sidang Akademik 2016/2017. 


Ini adalah kali pertama proses temuduga dijalankan untuk kesemua pelajar yang memohon program kejuruteraan.  Selain daripada menerima kunjungan calon, kampus dan pusat pengajian juga akan turut menerima kunjungan ahli keluarga yang mengiringi calon. Seramai 907 calon terlibat dengan proses temu duga untuk kesemua program pengajian di kampus kejuruteraan. Proses temuduga di PPKEE  melibatkan calon daripada Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Manakala calon daripada Pahang, Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan akan menjalani proses temuduga di Kuala Lumpur pada 15 & 16 Mei 2016. Seramai 246 calon (meliputi ketiga-tiga program) akan ditemu duga di pusat pengajian, manakala seramai 202 calon akan ditemu duga di Kuala Lumpur.  Seramai 32 calon daripada Sabah dan Sarawak telah ditemuduga melalui telefon/skype.

Tempat –tempat yang terlibat di pusat pengajian berikutan temuduga ini ialah Bilik Seminar, Bilik OBE, Bilik Mesyuarat Dekan, Bilik Menunggu Viva dan Bilik Viva.  Manakala Bilik Kuliah 3 akan digunakan sebagai tempat menunggu ibubapa.

Pihak Kampus dan pusat pengajian turut menyediakan aktiviti lawatan untuk para pelajar dan keluarga iaitu  lawatan sekitar kampus dan lawatan makmal.

Lawatan sekitar Kampus (dengan menaiki bas) pada jam:

9.30 pagi – 10.30 pagi

11.00 pagi – 12.00 tgh

2.30 petang – 3.30 petang

3.30 petang – 4.30 petang

Manakala jadual lawatan makmal adalah seperti berikut:-

10.00 pagi – 10.30 pagi:  Makmal Elektronik

10.30 pagi – 11.00 pagi:  Makmal Elektrik

11.00 pagi – 11.30 pagi:  Makmal Mekatronik

2.30 ptg – 3.00 ptg:  Makmal Elektronik

3.00 ptg, - 3.30 ptg:  Makmal Elektrik

3.30 ptg – 4.00 ptg.; Makmal Mekatronik