Lawatan Naib Canselor ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Pada 04 Januari 2018, YBhg Prof. Datuk Naib Canselor telah mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Aktiviti semasa lawatan tersebut ialah taklimat oleh Dekan berkenaan struktur PTJ, pencapaian, perancangan dan halatuju, isu berbangkit, penjanaan pendapatan dan lain lain. turut diadakan sesi soal jawab dan perbincangan bersama Naib Canselor dan warga Pusat Pengajian Elektrik dan Elektronik.