Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara USM dan National Instruments
Nibong Tebal, 23 April 2019 - Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Universiti Sains Malaysia USM) dan National Instruments (NI) telah berlangsung di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE), Kampus Kejuruteraan USM. Memorandum ini ditandatangani oleh Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor, USM dan Mr Rajesh Purushothaman, Naib Presiden, APEC Manufacturing NI Malaysia Sdn Bhd. Turut sama menandatangani memorandum tersebut ialah Profesor Ir. Dr. Mohd Fadzil Ain, Dekan, PPKEE, USM dan Puan Azian Wahab, Pengurus R&D Kanan, NI.
MoA ini merupakan kerjasama dan kolaborasi di antara USM dan NI untuk membangunkan sebuah makmal yang di beri nama "NI Embedded System Laboratory", bertempat di PPKEE, Kampus Kejuruteraan, USM. Pihak NI telah menyumbangkan 10 unit komputer, 25 unit NI myRIO System Platform dan 3 unit NI ELVIS.
Makmal tersebut akan digunakan bagi tujuan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan serta latihan kepada pelajar, pensyarah dan pegawai penyelidik di PPKEE. Ia juga akan menjadi pusat penyediaan latihan teknikal serta kursus pendek di dalam dan di luar USM.
Pembukaan makmal industri ini pastinya akan memberi manfaat yang besar terhadap penerokaan di dalam bidang "embedded system". Ianya sangat diperlukan terhadap aplikasi berteknologi tinggi pada masa kini dan dalam masa yang sama dapat melahirkan lebih ramai graduan yang dapat memenuhi keperluan pihak industri.
Teks: En. Jamaludin Che Amat
Foto: En. Abdul Latiff Abdul Tawab & En. Ebrahim Abdul Manan (MPRC)