Mesyuarat Bersama Panel Penasihat Industri (IAP)

Seberang Perai, 27 Julai 2019 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE), Kampus Kejuruteraan USM telah mengadakan mesyuarat Panel Penasihat Industri (IAP) yang berlangsung di The Light Hotel.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan serta mendapat maklum balas dari pihak industri berkaitan program yang yang ditawarkan di PPKEE. Ia bagi memastikan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang diperolehi oleh pelajar bagi ketiga-tiga program iaitu Program Elektronik, Elektrik dan Mekatronik selari dengan kehendak industri semasa. 

Mesyuarat ini telah di pengerusikan sendiri oleh Profesor Ir. Dr. Mohd Fadzil Ain, Dekan PPKEE. Turut serta ialah pengurusan tertinggi PPKEE dan wakil industri.

Mesyuarat Bersama Panel Penasihat Industri IAP 2019 01

 

Mesyuarat Bersama Panel Penasihat Industri IAP 2019 02

Teks: En. Jamaludin Che Amat
Foto: En. Abdul Latiff Abdul Tawab