Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

Majlis Sambutan Siswa Lestari PPKEE Sidang Akademik 2019/2020

Nibong Tebal, 6 September - Sekalung tahniah kepada semua siswa yang terpilih menjejakkan kaki di Universiti Sains Malaysia bagi Sidang Akademik 2019/2020. Seramai 160 orang daripadanya telah memilih Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) sebagai landasan untuk menggenggam Ijazah Pertama. 11 daripadanya merupakan pelajar antarabangsa dari pelbagai negara.

Kesemua mereka telah diraikan di dalam Majlis Sambutan Siswa Lestari peringkat pusat pengajian. Profesor Ir. Dr. Mohd Fadzil Ain selaku Dekan PPKEE telah menyampaikan kata-kata aluan dan turut memperkenalkan semua staf kepada pelajar baharu. Video aktiviti dan pencapaian pusat pengajian dipertontonkan sebagai inspirasi dan meningkatkan keyakinan pelajar untuk mengharungi tempoh pengajian dengan cemerlang.

Daripada jumlah keseluruhan pelajar tersebut, seramai 80 orang daripadanya merupakan pelajar Program Kejuruteraan Elektronik, 39 orang pelajar Program Kejuruteraan Elektrik dan 41 orang lagi merupakan pelajar Program Kejuruteraan Mekatronik.

Selain taklimat dan sesi fotografi, aturcara lain juga turut disediakan sepanjang hari tersebut.

Majlis Sambutan Siswa Lestari PPKEE 2019 2020

Teks: En. Jamaludin Che Amat
Foto: En. Abdul Latiff Abdul Tawab