Mesyuarat Bersama Panel Penasihat Industri (IAP) 2019
Seberang Perai, 18 Disember 2019 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE), Kampus Kejuruteraan USM telah mengadakan mesyuarat Panel Penasihat Industri (IAP) yang berlangsung di The Light Hotel.
Mesyuarat ini telah di pengerusikan sendiri oleh Profesor Ir. Dr. Mohd Fadzil Ain, Dekan PPKEE. Turut serta ialah pengurusan tertinggi PPKEE dan wakil industri. Tujuan utama mesyuarat ini ialah untuk mengukuhkan lagi jaringan di antara kedua-dua pihak bagi melahirkan graduan yang menepati keperluan semasa industri.
Teks: Jamaludin Che Amat
Foto: Haslami Hazwan Hamzah