USM Hasilkan Bingkai Pelindung Muka Untuk Petugas Barisan Hadapan
Nibong Tebal, 31 Mac 2020 - Semua pusat pengajian di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia menggembleng tenaga bagi menghasilkan sebanyak mungkin pelindung muka dalam masa yang singkat. Sebanyak 382 unit bingkai pelindung muka siap dicetak secara nyah pusat melibatkan PPKEE, PPKM, PPKAe, PPKBSM dan Cedec.
Bingkai tersebut telah diserahkan kepada wakil COVID-19 (Nerve Centre) USM. Diharapkan sumbangan seperti ini dapat meringankan beban serta memberi suntikan semangat kepada petugas barisan hadapan.
Teks: Jamaludin Che Amat
Foto: Dr. Wan Amir Fuad Wajdi Othman