Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

USM Hasilkan Bingkai Pelindung Muka

Nibong Tebal, 26 Mac 2020 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE), Universiti Sains Malaysia memulakan langkah pertama bagi membantu petugas barisan hadapan berdepan serangan virus pandemik Covid-19.

Dekan PPKEE, Prof Ir Dr Mohd Fadzil Ain terpanggil untuk menggunakan kepakaran sedia ada untuk menghasilkan bingkai pelindung muka. Beliau bersama pasukannya berusaha menghasilkan cetakan dengan hanya menggunakan sumber yang terhad dan dalam tempoh masa yang singkat.

Percubaan tersebut membuahkan hasil yang positif dan akan diteruskan serta dipertingkatkan lagi bagi menghasilkan lebih banyak cetakan.

Cetak Pelindung Muka 01

Cetak Pelindung Muka 03

Cetak Pelindung Muka 05

Teks: Jamaludin Che Amat
Foto: Dr. Wan Amir Fuad Wajdi Othman