XMUT TAWAR PROGRAM PERSISIR IJAZAH SARJANA MUDA DAN SARJANA USM DI CHINA
Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan agenda pengantarabangsaan dengan termeterainya persefahaman (MoU) bersama Xiamen University of Technology (XMUT), China sekaligus menawarkan program persisir ijazah Sarjana Muda USM dan Sarjana USM bidang Kejuruteraan di sana.
Antara program persisir USM yang ditawarkan melibatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Mekatronik, dan program Ijazah Sarjana Kejuruteraan Reka Bentuk Sistem Elektronik dan Mikroelektronik.
Yang turut hadir adalah Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Prof. Datin Dr. Azlina Harun@Kamaruddin; Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Optoelektronik dan Komunikasi XMUT, Prof. Dr. Zhang Hongyi, Mewakili Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik USM, Prof. Madya Ir. Dr. Rosmiwati Mohd Mokhtar, Pengarah Pusat Usahasama Kecemerlangan Rekabentuk Mikroelektronik (CEDEC) USM, Prof. Madya Dr. Asrulnizam Abd Manaf dan Mewakili Dekan Pusat Pengajian Pengurusan USM, Prof. Madya Dr. Abdul Hadi Zulkafli.
*Sumber: Facebook Universiti Sains Malaysia