Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

PROGRAM RINTIS DRONE SOCCER DAN ROBOTIK IN SCH KOHORT KEDUA: PARLIMEN PERMATANG PAUH

GELUGOR (21 Mei 2026): Program Rintis Drone Soccer dan STEM Robotik yang berlangsung selama dua hari di Sains@USM, Bukit Jambul, Pulau Pinang berjaya menarik penyertaan seramai 40 orang pelajar serta enam orang guru pembimbing daripada sekolah-sekolah di sekitar Parlimen Permatang Pauh. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Majlis Pembangunan Bumiputra Pulau Pinang (MPBPP) dengan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta CEDEC, Universiti Sains Malaysia (USM).

Sekolah yang terlibat terdiri daripada dua buah sekolah menengah, iaitu SMK Bandar Baru Perda dan SMK Tun Hussein Onn, serta dua buah sekolah rendah, iaitu SK Bandar Baru Perda dan SK Bukit Minyak. Pelajar sekolah menengah didedahkan dengan kemahiran mengurus, memasang, membaik pulih dan menerbangkan drone soccer, manakala pelajar sekolah rendah pula diajar kemahiran memasang, membuat pengaturcaraan serta menggerakkan robot di atas trek yang disediakan.

Program ini memberi pendedahan kepada teknologi dron dan robotik dalam bidang sukan dengan menekankan aplikasi ilmu pengetahuan serta kemahiran STEM melalui kaedah pembelajaran yang interaktif.

Program ini akan diteruskan ke Parlimen terakhir iaitu Parlimen Balik Pulau, dan ia juga merupakan siri terakhir bagi Program Rintis Drone Soccer dan STEM Robotik untuk tahun 2026.

Picture2  WhatsApp Image 2026 05 22 at 5.57.38 AM 2

Picture3  Picture4

Picture1

Picture5

Picture6  Picture7

WhatsApp Image 2026 05 22 at 5.57.39 AM 1