• Image Slider Salam Syawal dari EXCO PPKEE 2020
  • Tahniah Kenaikan Pangkat Profesor Ts Dr Shahrel Azmin Sundi 2020
  • Sekalung Tahniah Kenaikan Pangkat
  • Pengambilan Undergraduate
  • Pengambilan Postgraduate

USM Sumbang Pelindung Muka

Nibong Tebal, 27 Mac 2020 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE), Universiti Sains Malaysia menyerahkan sumbangan 21 unit pelindung muka kepada Hospital Seberang Jaya dan Hospital Kepala Batas. Sumbangan tersebut telah diserahkan melalui wakil USM iaitu Dr. Sufri Azlan Mohamed.

Sebelum itu PPKEE juga telah meyerahkan 11 unit pelindung muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan Pusat Sejahtera USM.

Permintaan bagi pelindung muka sangat tinggi buat masa sekarang kerana kekurangan bekalan di pasaran. Dalam keterbatasan masa dan sumber yang terhad, PPKEE berhasrat mendapatkan sokongan dari pusat pengajian lain di USM yang mempunyai pencetak 3D supaya dapat meningkatkan produktiviti serta memenuhi permintaan.

Sumbang Pelindung Muka HSJ HKB 03

Continue Reading

USM Hasilkan Bingkai Pelindung Muka

Nibong Tebal, 26 Mac 2020 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE), Universiti Sains Malaysia memulakan langkah pertama bagi membantu petugas barisan hadapan berdepan serangan virus pandemik Covid-19.

Dekan PPKEE, Prof Ir Dr Mohd Fadzil Ain terpanggil untuk menggunakan kepakaran sedia ada untuk menghasilkan bingkai pelindung muka. Beliau bersama pasukannya berusaha menghasilkan cetakan dengan hanya menggunakan sumber yang terhad dan dalam tempoh masa yang singkat.

Percubaan tersebut membuahkan hasil yang positif dan akan diteruskan serta dipertingkatkan lagi bagi menghasilkan lebih banyak cetakan.

Cetak Pelindung Muka 01

Continue Reading

xICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNIixICON-DIREKTORIxICON-CAMPUS ONLINE