Pada 10hb September 2007, Agilent Tecnologies Sdn. Bhd. telah mengadakan pertandingan “Agilet Malaysia Inovator Award 2007”. Sejumlah 7 buah universiti tempatan telah mengambil bahagian di mana 21 pasukan keseluruhannya. Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, USM telah menghantar 3 pasukan yang diketuai masing masing oleh Dr. Syed Sahal Nazli Alhady, Dr. Harsya Amilya dan Dr. Widad. Pasukan Dr. Syed Sahal Nazli Alhady bersama 3 orang pelajar tahun 2 (Mohd Naim Mohd Jain Noordin, Mohd Tarmizi Syazwan Haji Ab. Aziz dan Mohd Faizal Hafiz Yahaya) telah berjaya merangkul tempat 3 keseluruhan pada pertandingan tersebut. Tajuk produk yang telah berjaya tersebut adalah “Slope detection to compromise braking and locking system of a wheelchair”.
Lantaran daripada kemenangan tempat ketiga di dalam pertandingan tersebut, pasukan yang diketuai oleh Dr. Syed Sahal Nazli Alhady telah dijemput untuk bersama terlibat ketika perasmian “Agilent Innovator Center” yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pada 22hb November 2007. |