PROGRAM KEMBARA MAHABBAH



Alhamdulillah Program Menyantuni Masyarakat "KEMBARA MAHABBAH" telah berlangsung dengan jayanya.Kami barisan ajk PSPPKEE 2016/17 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf yang menyumbang dari segi wang, keperluan harian, tenaga dan lain-lain.

Kesemua sumbangan telah diberikan kepada penghuni KEDIAMAN ABU NUR pada hari tersebut.Sepanjang seharian di situ beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya gatong-royong membersih sekitar kediaman, ice breaking, membina bagunan menggunakan straw dan pelbagai lagi. Untuk makluman semua program yang akan dijalankan dalam masa terdekat adalah sumbangan untuk majlis berbuka puasa dan jelajah fakir miskin.Sesiapa yang ingin menyumbang bolehlah masukan wang ke dalam tabung yang telah disediakan di pejabat.Ini adalah salah satu jalan untuk memberi ruang dan peluang kepada semua untuk membuat amal kebajikan.

"REBUTLAH SAHAM AKHIRAT ANDA"