SAS FinTech Challenge 2017/2018

SAS FinTech Challenge 2017/2018 adalah pertandingan untuk menggalakkan ahli akademik dan pelajar dalam menyumbangkan idea dan membangunkan penyelesaian inovatif bagi meningkatkan pengalaman dalam bidang perbankan dan menyelesaikan masalah organisasi perniagaan.

 Pertandingan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat ahli akademik dan pelajar kepada fintech ekosistem yang turut memperkasakan industri perkhidmatan kewangan. Sesi taklimat mengenai pertandingan ini telah diadakan pada 4 Oktober 2017 yang lalu bertempat di Sunway University.
 
Sehubungan itu , susulan daripada sesi taklimat tersebut SAS Institute Sdn. Bhd. telah melancarkan laman sesawang rasmi untuk mempromosikan pertandingan tersebut dan membolehkan YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan mendaftar bagi menyertai pertandingan ini. Laman sesawang tersebut adalah seperti berikut: https://www.sas.com/en_my/events/17/fintech-challenge.html
 
Pihak SAS mensasarkan penyertaan daripada Dekan, Ketua Jabatan, dan Pensyarah daripada fakulti seperti berikut:
 
·         Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Kewangan
·         Fakulti Sains Komputer, IT, Statistik dan Sains Matematik
·         Fakulti Kejuruteraan
 
Segala pernyataan boleh emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi En. Eric Mak di talian 013 5000598