Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

PENYERAHAN KOMPUTER TERPAKAI (LUPUS DERMA) KE KOLEJ VOKASIONAL (KV) BUTTERWORTH

Pada 18/02/2019, pihak PPKEE telah memberi sumbangan peralatan komputer kepada Kolej Vokasional Butterworth. Ini dapat memberi manfaat kepada pelajar bagi memenuhi penilaian berterusan (PB) teori dan amali untuk modul SVM dan DVM Teknologi Elektronik. Semoga dengan sumbangan ini, para pelajar dapat meningkatkan lagi tahap kemahiran diri untuk digunakan di masa hadapan.

Read more …PENYERAHAN KOMPUTER TERPAKAI (LUPUS DERMA) KE KOLEJ VOKASIONAL (KV) BUTTERWORTH

SEEE ENGINEERING DESIGN 2018

 

Rabu, 5/12/2018: Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE), USM pada hari ini telah memecah tradisi kursus rekabentuk Capstone dengan menganjurkan acara Pameran Rekabentuk Kejuruteraan 2018.  Acara “SEEE Engineering Design Exhibition 2018” yang julung-julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Profesor Ir. Dr. Nor Ashidi Mat Isa, Timbalan Dekan Akademik, PPKEE, di Dewan Serbaguna Kampus Kejuruteraan, USM dengan bertemakan “Solving Local Industries and Business Problems”. Sambutan yang amat menggalakkan dihadiri oleh pengunjung daripada syarikat perniagaan, industri, organisasi profesional, institusi pendidikan dan masyarakat sekitar telah memenuhi dewan bagi menyaksikan demonstrasi 32 buah prototaip yang dipersembahkan oleh 32 kumpulan capstone yang melibatkan lebih 140 orang pelajar tahun akhir.

Kumpulan pelajar ini tidak menghampakan pengunjung dengan pelbagai prototaip yang  telah direka khas bukan sahaja untuk syarikat perniagaan sekitar seperti Mydin dan Farmasi Pekaka, malah untuk institusi pendidikan seperti Tadika Didik Kreatif dan juga industri berteknologi tinggi seperti Continental Automotive Components Sdn Bhd dan Pegasus Automation Sdn Bhd. Wakil dari organisasi-organisasi ini telah berganding bahu dengan pihak penaja daripada National Instruments, Keysight Technologies serta Institute of Engineers Malaysia (IEM) dan Institute of Technology, UK (IET) serta jabatan-jabatan kampus kejuruteraan USM seperti Jabatan Pembangunan dan Pusat Sejahtera dalam menilai dan mengadili projek-projek bagi mengenalpasti para pemenang bagi empat kategori pertandingan iaitu “Best Poster”, “Most Creative Design” dan “Most Impactful Design”.

Read more …SEEE ENGINEERING DESIGN 2018

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM BIASISWA STIPENDIUM HUNGARICUM TAHUN 2019/2020

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia memperlawa rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon kemudahan Program Biasiswa Stipendium Hungaricum Tahun 2019/2020 bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD. Permohonan tersebut perlu dikemukakan terus kepada pihak penganjur secara atas talian dengan melawati laman berikut:

http://studyinhungary.hu/study-in-hungary/menu/stipendium-hungaricum-scholarship-programme

Maklumat Lanjut sila klik disini