Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara USM dan National Instruments

Nibong Tebal, 23 April 2019 - Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Universiti Sains Malaysia USM) dan National Instruments (NI) telah berlangsung di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE), Kampus Kejuruteraan USM. Memorandum ini ditandatangani oleh Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, Naib Canselor, USM dan Mr Rajesh Purushothaman, Naib Presiden, APEC Manufacturing NI Malaysia Sdn Bhd. Turut sama menandatangani memorandum tersebut ialah Profesor Ir. Dr. Mohd Fadzil Ain, Dekan, PPKEE, USM dan Puan Azian Wahab, Pengurus R&D Kanan, NI.

MoA USM NI 01 V2

MoA ini merupakan kerjasama dan kolaborasi di antara USM dan NI untuk membangunkan sebuah makmal yang di beri nama "NI Embedded System Laboratory", bertempat di PPKEE, Kampus Kejuruteraan, USM. Pihak NI telah menyumbangkan 10 unit komputer, 25 unit NI myRIO System Platform dan 3 unit NI ELVIS.  

Makmal tersebut akan digunakan bagi tujuan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan serta latihan kepada pelajar, pensyarah dan pegawai penyelidik di PPKEE. Ia juga akan menjadi pusat penyediaan latihan teknikal serta kursus pendek di dalam dan di luar USM.

Pembukaan makmal industri ini pastinya akan memberi manfaat yang besar terhadap penerokaan di dalam bidang "embedded system". Ianya sangat diperlukan terhadap aplikasi berteknologi tinggi pada masa kini dan dalam masa yang sama dapat melahirkan lebih ramai graduan yang dapat memenuhi keperluan pihak industri. 

Read more …Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara USM dan National Instruments

Program STEM Siri 1 2019 PPKEE

Kepala Batas, 15 April 2019 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) dengan kerjasama Persatuan SEE dan IEEE USM telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Science Technology Engineering Mathematics (STEM). Program yang dijalankan di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi ini telah disertai seramai 75 orang pelajar aliran sains. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah terbabit mengenai STEM, dan USM secara amnya. Para pelajar telah diberi bimbingan dalam asas-asas pengatucaraan C (C programming). Pelajar juga didedahkan dengan beberapa pameran projek Capstone oleh pelajar tahun akhir PPKEE. Pihak SMK Datuk Haji Ahmad Badawi juga berhasrat untuk membuat lawatan ke Kampus Kejuruteraan USM terutama sekali ke PPKEE pada masa akan datang. 

STEM S1 2019 01 V2

Read more …Program STEM Siri 1 2019 PPKEE

USM PPKEE juara Pertandingan Akhir ROBOCON Peringkat Kebangsaan 2019

Sumber berita : https://www.facebook.com/KemPendidikan/photos/pcb.2313326888705960/2313326498705999/?type=3&theater

YBhg. Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merasmikan Majlis Penutup dan Pertandingan Akhir ROBOCON Peringkat Kebangsaan 2019.

Bertemakan "Satu Langkah Seribu Lonjakan", ROBOCON Malaysia 2019 bertujuan mengangkat ekosistem inovasi pendidikan tinggi negara ke tahap yang lebih tinggi. ROBOCON Malaysia 2019 dilihat amat signifikan ke arah melahirkan bakat dan minat mahasiswa dalam bidang robotik di Malaysia.

Pagi ini turut berlangsung pertandingan akhir ROBOCON. ROBOCON Malaysia 2019 dimenangi oleh Universiti Sains Malaysia (USM) manakala Universiti Teknologi Malaysia di tempat kedua dan tempat ketiga Universiti Putra Malaysia (UPM) serta pemenang bersamanya iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pertandingan ini telah merekodkan penyertaan sebanyak 34 pasukan melibatkan Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Perindustrian. Juara akan mewakili Malaysia ke pertandingan ROBOCON peringkat Asia Pasifik 2019 pada bulan Ogos di Ulan Baatar, Mongolia.

"Bertepatan dengan hasrat YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan semasa amanat beliau pada tahun ini, 'Pendidikan Untuk Semua,Tanggungjawab Semua', pertandingan ini dilihat amat signifikan ke arah
melahirkan bakat, minat serta percambahan idea dalam bidang robotik di Malaysia.

"Aspirasi pendidikan STREAM juga mampu digarap dan dikembangkan melalui pertandingan seumpama ini," kata beliau.

Pertandingan ROBOCON merupakan pertandingan robot yang telah bermula sejak tahun 2002, yang dianjurkan oleh Asia Broadcasting Union (ABU) dan Kementerian.

Tahun ini, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dilantik sebagai penganjur bersama di samping Universiti Tenaga Nasional sebagai tuan rumah penganjuran. Malaysia juga pernah diberi penghormatan menjadi tuan rumah bagi Pertandingan ROBOCON Peringkat Asia Pasifik pada tahun 2006.

KPM amat komited dalam mengembangkan bakat dan kemahiran mahasiswa demi menyumbang kepada negara selaras dengan usaha menjadikan universiti untuk masyarakat.

Turut hadir, YBhg. Prof Madya Dr Zulkifli Hasan, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UIAM; YBrs. Nor Hayati Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia; YBhg. Dato' Prof Dr Mohd Zamri Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar, Alumni dan Pengurusan) Universiti Tenaga Nasional dan YBhg. Datuk Prof Ts Dr Ahmad Radi Mohamed Eshaq, Presiden Universiti Multimedia.

Lawatan Penandarasan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) ke Program Mekatronik

Nibong Tebal, 1 April 2019 - Program Kejuruteraan Mekatronik PPKEE telah menerima kunjungan dari Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) bagi tujuan lawatan penandarasan. Antara wakil UTeM yang hadir adalah Dr. Nik Syahrim Nik Anwar serta Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Zaki Haji Shukor. Kehadiran mereka di sambut oleh Ir. Dr Rosmiwati Mohd Mokhtar (Pengerusi Rancangan Program Kejuruteraan Mekatronik) serta Prof. Ir. Dr. Nor Ashidi Mat Isa untuk sesi perbincangan serta lawatan ke makmal. 

Lawatan UTeM 2019 01

Lawatan Pelajar MRSM Ke PPKEE

Pada 07/03/2019, PPKEE menerima kunjungan pelajar dari MRSM wilayah zon utara. Penerangan ringkas menegenai asas elektrik dan elektronik disampaikan oleh Professor Madya Dr Bakhtiar.
Para pelajar MRSM juga dibawa melawat ke makmal untuk melihat ujikaji yang dibuat oleh pelajar PPKEE.

Read more …Lawatan Pelajar MRSM Ke PPKEE