Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

PENGENALAN 5S

PENGENALAN 5S    ORGANISASI 5S

1.   Apakah itu 5S ?

5S merupakan satu amalan budaya daripada masyarakat Jepun, dengan fokus untuk mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan. 5S merupakan singkatan kepada perkataan Jepun iaitu :
bahasa new 490x191

Apakah maksud 5S?

Sisih   
Mengasingkan barang atau dokumen yang tidak diperlukan di tempat kerjauntuk disisihkan dan dilupuskan secara sistematik

Susun   
Menyusun barang-barang yang diperlukan secara teratur dan sistematiksupaya ianya mudah diambil dan dikembalikan ke tempat setelah digunakanKitaran 5S

Sapu   
Membersih dan memeriksa tempat kerja secara berkala dan menyeluruhsupaya tiada habuk atau kekotoran di atas lantai, mesin dan peralatan

Seragam   
Mengekalkan tahap piawaian penyusunan tempat kerja yang tinggi denganmenekankan kebersihan dan kekemasan pada setiap masa

Sentiasa Amal   
Melatih pekerja mematuhi sistem persekitaran berkualiti secara berterusansupaya ia menjadi amalan dan budaya kerja dalam organisasi

Kenapa 5S?
   Tempat kerja lebih bersih dan tersusun Tempat kerja lebih selamat

    Hasilnya mudah dilihat oleh semua orang Menjana pemikiran kreatif kakitangan Meningkatkan disiplin secara semulajadi

    Kakitangan berbangga dan menghargai tempat kerjanya

    Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan

Apakah 5 perkara utama yang diberikan fokus dalam 5S ?

    Kebersihan

    Kekemasan

    Kemudah-kesanan

    Keselamatan

    Komunikasi