TECHNICAL TALK BY IR. PROF. DATO DR CHUAH HEAN TEIK
Persatuan Pelajar IEM-USM dengan kerjasama Electrical and Electronics Technical Division (eETD), Institute of Engineers Malaysia (IEM) telah menganjurkan satu sesi Technical Talk yang bertajuk "Globalisasi dan Cabaran yang bakal dihadapi oleh Graduan Jurutera pada masa hadapan" yang disampaikan oleh Ir. Professor Dato Dr. Chuah Hean Teik yang merupakan mantan President of IEM antara tahun 2009-2011 dan ahli Fellow IEEE. Beliau merupakan Pengerusi 'Federal of Engineering Institutions of Asia and Pacific' (FEIAP) dalam Pendidikan Kejuruteraan.
Siri 'Technical Talk' ini telah membincangkan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh para graduan jurutera kita dalam era ekonomi ASEAN, APEC dan TPPA.
Atur cara:Tarikh: 19 Oktober 2016 (RABU)
Masa : 2pm-4:30pm
Tempat: Auditorium, Kampus Kejuruteraan.