Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

Majlis Perasmian Laman Industri Berkuasa Solar

Nibong Tebal, 6 September - Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) amat berbesar hati dengan kehadiran Dr. Hari Narayanan P. Ondiveeran bagi merasmikan Majlis Perasmian Laman Industri Berkuasa Solar. Beliau yang merupakan Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM) turut berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh PPKEE.

Matlamat projek ini ialah menyediakan ruang santai untuk pelajar dengan menggunakan kuasa solar sepenuhnya. Profesor Ir. Dr. Mohd Fadzil Ain selaku Dekan PPKEE turut berterima kasih kepada pihak industri yang turut terlibat dengan memberi sumbangan payung. 

Semoga apa yang diusahakan ini akan memberi manfaat kepada semua.

Majlis Perasmian Laman Industri Berkuasa Solar 2019

 

IMG 7977

IMG 7888

IMG 7992

IMG 8008

IMG 8004

Teks: En. Jamaludin Che Amat
Foto: En. Abdul Latiff Abdul Tawab