Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

Lawatan Naib Canselor ke PPKEE

Nibong Tebal, 11 November 2019 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) amat berbesar hati menerima kunjungan Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM).

Kunjungan ini bersempena lawatan dua hari beliau ke Kampus Kejuruteraan USM. Beliau yang baru memulakan tugas berkuatkuasa pada 4 Oktober 2019 mengambil peluang mendekati staf dan berkongsi hala tuju USM. 

Profesor Ir. Dr. Mohd Fadzil Ain, Dekan PPKEE sempat mengiringi beliau melihat tapak Projek 'EE Smart Farming' yang masih dalam pembinaan. Pembinaan projek ini dilakukan sepenuhnya oleh staf PPKEE dengan gabungan kepakaran yang ada serta sokongan semua pihak. 

Selain lawatan ke pusat-pusat pengajian, beliau juga turut menyertai perlawanan persahabatan bola sepak di antara Veteran USM FC menentang KKSSK FC. 

SEE 6068

SEE 6040

SEE 6045

SEE 6063

DSC 6403

Teks & Foto: En. Jamaludin Che Amat