Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

USM Terus Bantu Petugas Barisan Hadapan

Pulau Pinang, 3 April 2020 - Universiti Sains Malaysia (USM) menyumbang 16 unit ‘aerosol box’ kepada beberapa hospital di Pulau Pinang untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Naib Canselornya Prof Dr Faisal Rafiq Mahamad Adikan berkata, ‘aerosol box’ berfungsi sebagai alat sokongan intubasi untuk melindungi doktor yang merawat pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital.

“Penghasilan aerosol box ini adalah kolaborasi di antara pensyarah dan arkitek dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Pusat Pengajian Sains Komputer.

Aerosol Box 01
WAKIL USM, Dr. Ahmad Sufri Azlan Mohamed menyerahkan aerosol box kepada Pakar Kecemasan dan Trauma, Hospital Kepala Batas (HKB), Dr. Fazilah Md Zain untuk digunakan merawat pesakit Covid-19.

“Kos penghasilan peralatan ini hasil sumbangan orang awam termasuk suntikan modal dari Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat USM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihaknya berusaha menghasilkan peralatan itu selepas mendapat maklumat daripada beberapa doktor di hospital negeri ini bahawa mereka kekurangan ‘aerosol box’ hingga melambatkan proses merawat pesakit.

“Kami berharap sumbangan ini dapat mempercepatkan tugasan doktor dan pesakit tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sebelum itu, USM juga menghasilkan lebih 3,000 pelindung muka untuk disumbangkan kepada wira barisan hadapan.

Sumber Berita: www.hmetro.com.my