Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

USM Sumbang Pelindung Muka

Nibong Tebal, 27 Mac 2020 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE), Universiti Sains Malaysia menyerahkan sumbangan 21 unit pelindung muka kepada Hospital Seberang Jaya dan Hospital Kepala Batas. Sumbangan tersebut telah diserahkan melalui wakil USM iaitu Dr. Sufri Azlan Mohamed.

Sebelum itu PPKEE juga telah meyerahkan 11 unit pelindung muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan Pusat Sejahtera USM.

Permintaan bagi pelindung muka sangat tinggi buat masa sekarang kerana kekurangan bekalan di pasaran. Dalam keterbatasan masa dan sumber yang terhad, PPKEE berhasrat mendapatkan sokongan dari pusat pengajian lain di USM yang mempunyai pencetak 3D supaya dapat meningkatkan produktiviti serta memenuhi permintaan.

Sumbang Pelindung Muka HSJ HKB 03

 

Sumbang Pelindung Muka Pusat Sejahtera USM

Sumbang Pelindung Muka HSJ HKB 01

Sumbang Pelindung Muka HSJ HKB 02

Teks: Jamaludin Che Amat
Foto: Dr. Wan Amir Fuad Wajdi Othman