Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

Pasukan Robocon USM 2021 Memenangi Tempat Ke-4

USM PhotoMembersRobot

NIBONG TEBAL, 28 September 2021 - Pasukan Robocon Universiti Sains Malaysia (USM) telah memenangi tempat ke-4 dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2000 beserta pingat dan trofi di dalam pertandingan Robocon Malaysia yang diumumkan pemenangnya di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di dalam siaran Radio Television Malaysia (RTM1) pagi ini.  

Pasukan Robocon USM terdiri daripada 15 pelajar daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE), Pusat Pengajian Mekanik (PPKM) dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM). Pengurus pasukan, Dr. Anwar Hasni Abu Hassan berkata, walaupun pelbagai rintangan terutamanya berkaitan COVID-19 seperti peserta yang terpaksa dikuarantin, pertandingan norma baru dan SOP yang ketat, pelajar-pelajar telah berjaya menghasilkan robot yang dapat bersaing dan memberikan prestasi yang amat baik semasa pertandingan. 

Pertandingan telah dijalankan secara atas talian pada 20-24 September 2021 dan pasukan Robocon USM telah diadili dengan menggunakan 4 kamera secara lintas langsung dari dewan banquet, kampus kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia.