MICRON INDUSTRY TALK ORGANISED BY SCHOOL OF ELECTRICAL AND ELECTRONIC ENGINEERING
" Pada 1 Disember 2021, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) dengan kerjasama syarikat Micron telah mengadakan satu ceramah industri secara maya. Ceramah ini disampaikan oleh Dr. Gurtej Singh Sandhu, Fello Kanan dan Naib Presiden, Micron Technology, Amerika Syarikat, yang bersiaran secara langsung dari Boise, Idaho, AS. Beliau merupakan pencipta teknologi yang sangat terkenal prolifiknya dengan mempunyai 1382 patent dan berada di kedudukan ketujuh dalam senarai sepanjang zaman pemilik patent, mengatasi pencipta tersohor, Thomas Edison.
Dengan dihadiri oleh lebih 150 orang, ceramah ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato' Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, yang menyampaikan ucaptama bagi memulakan acara. Juga hadir adalah En. Ramu Iyer, Naib Presiden, Micron Memory Penang, yang memperkenalkan syarikat Micron sebagai syarikat yang tersohor di dunia dalam teknologi memori. Beliau juga memperkenalkan Dr. Gurtej sebagai staf Micron yang paling berjaya dari segi penghasilan patent serta sangat banyak menyumbang kepada perkembangan teknologi memori.
Teks : Dr. Nazri Mahmud
Foto : Sharina Mustapa Albakari