BORANG TINJAUAN MANGSA BANJIR PELAJAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2021

2021 1219 Borang Tinjauan Mangsa Banjir Pelajar USM 2021

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPP USM) cakna akan situasi banjir yang melanda negara terutamanya di negeri Selangor. Situasi ini juga melibatkan para pelajar USM yang terkandas di tempat masing-masing, terputus bekalan makanan dan juga memerlukan keperluan asas.
 
Sehubungan itu, MPP USM memerlukan data pelajar ini untuk membuat tinjauan dana yang boleh dibantu oleh MPP USM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA).
 
Mohon kerjasama pelajar semua kampus USM yang terkesan untuk mengisi maklumat yang diperlukan melalui "google form" yang disediakan :-
Pihak MPP USM akan berusaha untuk memastikan semua pelajar USM yang terjejas dapat dibantu.
 
Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Malaysia
Sidang Akademik 2021/2022