Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

USM Raih Tempat Ke-3 dan Ke-4 serta Anugerah Pasukan Terbaik Dalam Pertandingan ROBOCON Malaysia 2025

Pasukan ROBOCON Universiti Sains Malaysia (USM) telah mencipta kejayaan membanggakan apabila meraih tempat ketiga dan keempat dalam Pertandingan ROBOCON Malaysia 2025 yang berlangsung di UTHM, Johor pada 17–19 Jun 2025. Pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini menyaksikan 26 pasukan IPTA dan IPTS dari seluruh negara bersaing sengit.

2025 0619 Poster 1080x1080 Tahniah Pasukan Apex Team USM Robocon Malaysia 2025

Pasukan USM yang terdiri daripada 47 orang pelajar merangkumi 35 dari PPKEE, 10 Kejuruteraan Mekanikal, 1 Kejuruteraan Aeroangkasa dan 1 Kejuruteraan Kimia. Lebih membanggakan, USM A turut dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik tahun ini.

Kejuaraan keseluruhan dimenangi oleh pasukan UTM yang mengungguli tempat pertama dan kedua. Walaupun USM tewas tipis, pertandingan ini amat bermakna setelah hampir setahun usaha gigih menggabungkan teori dan praktikal dalam pembinaan robot.

Pasukan merakamkan penghargaan kepada Dekan dan staf PPKEE, pengurus pasukan, Pusat Penyelidikan Bersepadu, BHEPA, para penaja serta semua yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

2025 0620 Poster 1080x 1080 Keputusan Robocon Malaysia 2025