HEBAHAN PENYERTAAN KURSUS JANGKA PENDEK BERFOKUS INDUSTRI KEPADA PELAJAR
GKK dengan kerjasama Yayasan Peneraju akan menganjurkan dua (2) Kursus Jangka Pendek Berfokus Industri iaitu Kursus Microsoft Certified: Power BI Data Analyst Associate dan Kursus DevOps. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan kompetensi digital pelajar selaras dengan keperluan industri semasa, memperkukuh kebolehpasaran graduan melalui pensijilan profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa serta memberi pendedahan awal kepada penggunaan teknologi, analisis data dan amalan pembangunan sistem moden yang digunakan secara meluas dalam persekitaran pekerjaan sebenar. Berikut adalah perincian kursus:
A. Kursus Microsoft Certified: Power BI Data Analyst Associate
Sasaran Peserta: Pelajar aliran dan bukan Sains Komputer / Teknologi Maklumat
Fokus Program:
- Official Microsoft learning path
- Hands-on Power BI dashboard creation
- Real-world data analysis exercises
- Mentorship daripada Certified Microsoft Trainers
B. Kursus DevOps
Sasaran Peserta: Pelajar aliran Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Fokus Program:
- Konsep dan amalan DevOps
- Continuous Integration (CI) & Continuous Deployment (CD)
- Automasi pembangunan dan operasi sistem
Pendaftaran boleh diakses melalui pautan berikut: PRA PENDAFTARAN KURSUS JANGKA PENDEK BERFOKUS INDUSTRI KEPADA PELAJAR – Fill in form
Syarat Tambahan Penyertaan:
a) Kursus dikendalikan dalam Bahasa Inggeris secara dalam talian oleh pakar industri bertauliah serta ditaja penuh oleh Yayasan Peneraju
b) Terbuka kepada pelajar Bumiputera daripada peringkat Ijazah dan ke atas
c) Peserta mestilah pelajar baharu yang belum pernah menerima tajaan Yayasan Peneraju
d) Semua permohonan akan melalui proses saringan oleh pihak Yayasan Peneraju
e) Peserta yang lulus kursus dan penilaian akan menerima sijil pengiktirafan antarabangsa seperti daripada Microsoft serta badan profesional UK dan Eropah

