Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

PROGRAM RINTIS DRONE SOCCER DAN ROBOTIK IN SCHOOL KOHORT KETIGA: PARLIMEN BALIK PULAU & PARLIMEN KEPALA BATAS

GELUGOR (25 Jun 2026): Program terakhir bagi inisiatif Rintis Drone Soccer dan STEM Robotik tahun 2026 telah berlangsung selama dua hari, iaitu pada 24 hingga 25 Jun 2026 bertempat di Sains@USM, Bukit Jambul, Pulau Pinang. Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 40 orang pelajar bersama empat orang guru pembimbing daripada sekolah-sekolah terpilih di sekitar Parlimen Balik Pulau dan Parlimen Kepala Batas. Pelaksanaan program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Majlis Pembangunan Bumiputra Pulau Pinang (MPBPP) bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta CEDEC, Universiti Sains Malaysia (USM) dalam usaha memperkukuhkan pendedahan dan minat pelajar terhadap bidang STEM, robotik dan teknologi dron.

DSC06068

Sekolah yang terlibat dalam program ini terdiri daripada dua buah sekolah menengah dan dua buah sekolah rendah, iaitu SMK Batu Maung, SMK Seri Balik Pulau, SK Mak Mandin dan SK Pokok Sena. Pelajar sekolah menengah diberikan pendedahan berkaitan kemahiran mengurus, memasang, menyelenggara, membaik pulih serta mengendalikan penerbangan dron soccer. Manakala pelajar sekolah rendah pula dibimbing dalam aspek pemasangan, pengaturcaraan dan pengoperasian robot mengikut laluan trek yang telah disediakan. Sebagai kemuncak program, para pelajar diuji melalui aktiviti pertandingan mini drone soccer serta tugasan pengaturcaraan robot bagi menilai kefahaman dan kemahiran praktikal yang telah dipelajari sepanjang program berlangsung. Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan sesi ucapan penutupan oleh pengarah program sebagai tanda penghargaan kepada semua peserta, guru pembimbing dan pihak yang terlibat.


Picture1   Picture2

Picture3   Picture4

 Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dan meneroka teknologi dron serta robotik dalam bidang sukan melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berasaskan pengalaman praktikal. Pelaksanaan program ini turut menekankan penerapan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pemikiran kreatif dalam bidang STEM, khususnya melalui aktiviti pemasangan, pengaturcaraan dan pengendalian teknologi. Melalui pendedahan yang diberikan, program ini diharapkan dapat meningkatkan minat dan kesedaran pelajar terhadap potensi bidang dron dan robotik sebagai salah satu laluan kerjaya masa hadapan, selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan keperluan industri berasaskan STEM.

DSC05630   DSC05685

DSC05743   DSC05760

DSC05782   DSC05803

DSC06013   DSC06034

Sebagai kemuncak kepada siri bengkel yang telah dilaksanakan, pihak penganjur merancang untuk menganjurkan Pertandingan Drone Soccer dan Robotik Peringkat Negeri Pulau Pinang yang dijadualkan berlangsung pada bulan September 2026. Pertandingan ini akan melibatkan penyertaan daripada sekolah-sekolah yang telah mengikuti bengkel sebelum ini sebagai satu platform untuk menguji kemahiran, kreativiti serta aplikasi ilmu STEM yang telah dipelajari oleh para pelajar. Penganjuran pertandingan ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi minat pelajar terhadap teknologi dron dan robotik, di samping menggalakkan semangat inovasi, kerjasama berpasukan serta persaingan sihat dalam kalangan peserta.