Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

SOP for USM International Students

USM International Students who are planning to return to USM is now required to apply to EMGS for approval to enter Malaysia from October onwards. Please read in detail especially on requirements for COVID19 testing (ONLY PCR test is accepted) as well as pre-departure and arrival arrangements.

Please fill in the Travel Authorisation Form for student entry at this link: https://visa.educationmalaysia.gov.my/student-visa/travel-authorisation-form-base.html

We will also be sharing with you a comprehensive SOP and FAQ document from MOHE for your reference.

USM wishes you safe travels and be safe. Thank you

USM Cipta Terowong Penyah-virus Automatik

Nibong Tebal, 5 April 2020 - Sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) Universiti Sains Malaysia (USM) di Transkrian, di sini, berjaya menghasilkan Terowong Penyah-virus Automatik berkos rendah, untuk kegunaan komuniti universiti itu dalam membendung penularan COVID-19.

Dekan PPKEE merangkap Ketua Projek, Profesor Ir. Dr. Mohd Fadzil Ain berkata, pasukannya terpanggil untuk menghasilkan alat berkenaan, selepas menerima permintaan daripada barisan hadapan kesihatan USM di Pusat Sejahtera.

Terowong Penyah virus 01

"Sebenarnya terowong itu dihasilkan bagi membantu memberikan perlindungan kepada warga universiti, khususnya barisan hadapan seperti di Pusat Kesejahteraan dan Jabatan keselamatan, yang terdedah kepada risiko jangkitan virus COVID-19.

"Untuk sistem ini kita akan ada pengesan suhu tanpa sentuh, di mana petugas kesihatan berada pada jarak jauh dan pesakit akan ambil data suhu secara kendiri tanpa perlu petugas kesihatan datang dekat.

Baca selanjutnya: USM Cipta Terowong Penyah-virus Automatik

USM Terus Bantu Petugas Barisan Hadapan

Pulau Pinang, 3 April 2020 - Universiti Sains Malaysia (USM) menyumbang 16 unit ‘aerosol box’ kepada beberapa hospital di Pulau Pinang untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Naib Canselornya Prof Dr Faisal Rafiq Mahamad Adikan berkata, ‘aerosol box’ berfungsi sebagai alat sokongan intubasi untuk melindungi doktor yang merawat pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital.

“Penghasilan aerosol box ini adalah kolaborasi di antara pensyarah dan arkitek dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Pusat Pengajian Sains Komputer.

Aerosol Box 01
WAKIL USM, Dr. Ahmad Sufri Azlan Mohamed menyerahkan aerosol box kepada Pakar Kecemasan dan Trauma, Hospital Kepala Batas (HKB), Dr. Fazilah Md Zain untuk digunakan merawat pesakit Covid-19.

Baca selanjutnya: USM Terus Bantu Petugas Barisan Hadapan

USM Hasilkan Bingkai Pelindung Muka Untuk Petugas Barisan Hadapan

Nibong Tebal, 31 Mac 2020 - Semua pusat pengajian di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia menggembleng tenaga bagi menghasilkan sebanyak mungkin pelindung muka dalam masa yang singkat. Sebanyak 382 unit bingkai pelindung muka siap dicetak secara nyah pusat melibatkan PPKEE, PPKM, PPKAe, PPKBSM dan Cedec.

Bingkai tersebut telah diserahkan kepada wakil COVID-19 (Nerve Centre) USM. Diharapkan sumbangan seperti ini dapat meringankan beban serta memberi suntikan semangat kepada petugas barisan hadapan. 

Hasil Bingkai Pelindung Muka 01

Baca selanjutnya: USM Hasilkan Bingkai Pelindung Muka Untuk Petugas Barisan Hadapan