Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

majlis meraikan graduan (alumni) 2019

sessi perkongsian pengalaman alumni – encik edwin ng yau chen

Sesi perkongsian pengalaman alumni yang pertama kali diadakan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (PPKEE) ini telah Berjaya dilaksanakan pada Rabu, 2 November 2016 di Dewan Kuliah 5, Kampus Kejuruteraan USM.  Alumni yang terlibat adalah Encik Edwin Ng Yau Chen, merupakan graduan program Kejuruteraan Elektronik, yang bergraduasi pada tahun 2014.  Encik Edwin Ng Yau Chen merupakan seorang “service and technical engineer” yang berkhidmat di ViTrox, Bayan Lepas, Pulau Pinang.  Turut hadir bersama beliau adalah bahagian sumber manusia Vitrox, iaitu Mrs. Lim Geik Ling, Mr. Ng Kee Hung, dan Mrs. Catherine Low Wan Ting.
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi motivasi dan berkongsi pengalaman Encik Edwin Ng Yau Chen kepada pelajar.  Aktiviti ini juga bertindak sebagai satu platform bagi merapatkan hubungan alumni dengan pelajar dan PPKEE.  Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan industri dengan pusat pengajian, yang seterusnya membuka peluang pekerjaan dan juga tempat latihan industri kepada pelajar semasa.
 Aktiviti ini diwajibkan kepada pelajar prasiswazah tahun 3 dan 4 PPKEE.  Sesi dimulakan oleh Mrs. Elaine dengan perkongsian sejarah penubuhan syarikat Vitrox.  Perkongsian yang ringkas ini, sekitar 30 minit, adalah lebih bersifat motivasi keusahawanan yang menceritakan sejarah penubuhan syarikat Vitrox, serta cabaran dan halangan yang telah dilalui oleh syarikat ini sebelum menjadi salah satu syarikat Malaysia yang berjaya di peringkat antarabangsa.  

Sesi ini kemudiannya diteruskan oleh Encik Edwin Ng Yau Chen.  Beliau berkongsi pengalaman beliau sebagai pelajar di PPKEE USM.  Encik Edwin menasihatkan pelajar supaya belajar secara berkumpulan.  Hal ini bukan sahaja membantu untuk kursus yang dipelajari, malah membantu mengasah “soft-skill” pelajar.  Kerja berpasukan adalah salah satu elemen penting dalam kerjaya jurutera.  Beliau juga memotivasikan pelajar untuk terus berusaha dan teguh dengan keputusan yang telah diambil, walaupun ada halangan yang datang.

     Beliau juga menceritakan bagaimana beliau dapat dipilih sebagai pekerja di Vitrox.  Beberapa tips dalam menghadapi temuduga turut dikongsi bersama.  Beberapa pengalaman beliau telah sebagai “service and technical engineer” diceritakan untuk membantu pelajar memahami skop kerjaya tersebut.  Encik Edwin juga mengingatkan pelajar supaya cuba berfikir lebih jauh kehadapan, dan mencipta teknologi kejuruteraan yang lestari.

      Perbincangan tentang “CGPA vs Attitude” dan “MNC vs Local company” turut diadakan secara dua hala.  Encik Edwin juga menggalakkan pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan bagi menambahkan lagi syarikat tempatan, dan tidak terlalu bergantung kepada syarikat luar.   
      
    Bahagian sumber manusia Vitrox kemudiannya membuka peluang untuk sesi soal jawab.  Mereka juga membuka peluang kepada pelajar untuk menyertai Vitrox sebagai jurutera atau pelatih (termasuk untuk latihan industri).  Pelajar yang berminat untuk menyertai Vitrox diminta untuk menghantar CV kepada pihak Vitrox melalui alamat email yang diberikan.