Mesyuarat Bersama Panel Penasihat Industri (IAP) 2020

Nibong Tebal, 16 Disember 2020 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE), Kampus Kejuruteraan USM telah mengadakan mesyuarat Panel Penasihat Industri (IAP) yang berlangsung secara atas talian.

Mesyuarat ini telah di pengerusikan sendiri oleh Profesor Ir. Dr. Mohd Fadzil Ain, Dekan PPKEE. Turut serta ialah pengurusan tertinggi PPKEE dan wakil industri. Tujuan utama mesyuarat ini ialah untuk mengukuhkan lagi jaringan di antara kedua-dua pihak bagi melahirkan graduan yang menepati keperluan semasa industri.

SEE 9224E

 

SEE 9221E

SEE 9222E

SEE 9228E

Teks: Sharina Mustapa Albakari
Foto: Jamaludin Che Amat