Sambutan Program Siswa Lestari Sidang Akademik 2021/2022 Secara Atas Talian
Nibong Tebal, 21 Oktober - Sekalung tahniah kepada semua mahasiswa yang terpilih memulakan pengajian di Universiti Sains Malaysia bagi Sidang Akademik 2021/2022 dan yang telah memilih Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) sebagai landasan untuk menggenggam Ijazah Pertama dalam Program Kejuruteraan Elektrik, Program Kejuruteraan Elektronik dan Program Kejuruteraan Mekatronik.
Profesor Ir. Dr. Mohd Fadzil Ain, Dekan PPKEE
Kesemua pelajar baharu PPKEE telah diraikan di dalam Program Siswa Lestari Sidang Akademik 2021/2022 secara atas talian menerusi aplikasi Cisco Webex. Profesor Ir. Dr. Mohd Fadzil Ain selaku Dekan PPKEE telah menyampaikan kata-kata aluan dan turut memperkenalkan semua staf kepada pelajar baharu. Selain itu, video aktiviti dan pencapaian pusat pengajian juga dipertontonkan sebagai pengenalan. Semoga ia juga dapat menjadi inspirasi bagi meningkatkan keyakinan pelajar untuk mengharungi tempoh pengajian dengan cemerlang.
Teks / Foto : Sharina Mustapa Albakari