Skip to main content

School of Electrical and Electronic Engineering

Program STEM: Pemerkasaan Pengetahuan dan Kemahiran Teknikal dalam Matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di kalangan Murid-murid Sekolah Menengah Rendah (STEM Program: Empowerment of Knowledge and Technical Skills in Rekabentuk Teknologi (RBT) Sub

Program kolaborasi dalam pelaksanaan Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di antara Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE), Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia telah berjaya dilaksanakan dengan rakan kerjasama komuniti iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah (SMKSI), Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Jun 2023- Mei 2024. Program ini merupakan Projek Libatsama Universiti-Komuniti di bawah geran Bahagian Jaringan Industri, Masyarakat & Kelestarian Institusi (BJIM) Universiti Sains Malaysia yang bertajuk STEM Program: Empowerment of Knowledge and Technical Skills in Design and Technology (Rekabentuk Teknologi - RBT) Subject among Lower Secondary School Students. Program ini diterajui oleh Pengarah Program, Prof Madya Dr Zuraini Dahari dan dibantu oleh Encik Mohamad Nazir Abdullah, Dr. Intan Sorfina Zainal Abidin, Dr Muhammad Najwan Hamidi, Puan Roslina Hussin dan sekumpulan mahasiswa PPKEE sebagai fasilitator program.

WhatsApp Image 2024 06 13 at 8.57.42 AM 1 WhatsApp Image 2024 06 13 at 8.57.42 AM 2

WhatsApp Image 2024 06 13 at 8.59.32 AM WhatsApp Image 2024 06 13 at 8.57.46 AM 1

Objektif program ini ialah untuk meningkatkan pemahaman, penglibatan dan prestasi murid-murid dalam mata pelajaran RBT terutamanya topik berkaitan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Di samping itu, tujuan program ialah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong pendidikan RBT dan membantu pihak sekolah dengan berkongsi kepakaran universiti dalam pengetahuan teori, pengalaman praktikal dan kemahiran teknikal.

Projek berjalan dalam empat fasa iaitu Pengenalan Teori Elektrik dan Elektronik, Bengkel 1 - Pengenalan Asas kepada Arduino, Bengkel 2 - Aplikasi Arduino dan IoT (Internet of Things) dan akhirnya Projek Berkumpulan. Program ini melibatkan seramai 70 orang murid-murid Tingkatan 2 dan 3 dengan dibimbing oleh 4 orang guru penasihat dari SMK Saujana Indah, Nibong Tebal iaitu, Pn Siti Nor Aishah Binti Abdullah, Pn Rogayah Binti Hj Mohamed, Pn Norzatashima Binti Hashim dan Pn Siti Nurikhyar Binti Dee.
Untuk proses penilaian program ini, fasa pembentangan projek berkumpulan sebanyak 10 kumpulan telah dilaksanakan sebagai penutup program. Murid-murid diminta menyiapkan satu projek prototaip dan membentangkan hasil projek tersebut kepada panel enilai yang terdiri dari sekumpulan pensyarah USM pada akhir April 2024. Lima kumpulan terbaik telah dipilih untuk kategori โ€œBest Project Awardsโ€ beserta sijil.

WhatsApp Image 2024 06 13 at 8.57.43 AM WhatsApp Image 2024 06 13 at 8.57.43 AM 1 WhatsApp Image 2024 06 13 at 8.57.44 AM

WhatsApp Image 2024 06 13 at 8.57.44 AM 1 WhatsApp Image 2024 06 13 at 8.57.45 AM WhatsApp Image 2024 06 13 at 8.57.45 AM 1

Sebagai insentif dan pembelajaran jangka Panjang kepada SMK Saujana Indah, sebanyak sepuluh unit Arduino Kit diserahkan kepada pihak sekolah SMK Saujana Indah sebagai salah satu insentif dan galakan kepada murid-murid untuk mengembangkan pengetahuan dan aplikasi pengaturcaraan Arduino.

Berdasarkan testimoni dari wakil guru, Pn Siti Aishah dan juga hasil soal selidik kepada murid-murid, program ini berjaya meningkatkan minat murid-murid dalam bidang STEM khususnya bidang elektrik dan elektronik. Ia juga dapat melatih mereka untuk mampu berfikir secara kritis dan meningkatkan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal mereka.

WhatsApp Image 2024 06 13 at 9.01.29 AM WhatsApp Image 2024 06 13 at 9.02.37 AM WhatsApp Image 2024 06 13 at 9.02.37 AM 2

WhatsApp Image 2024 06 13 at 9.02.38 AM WhatsApp Image 2024 06 13 at 9.02.38 AM 1 WhatsApp Image 2024 06 13 at 9.02.36 AM 1

 

WhatsApp Image 2024 06 13 at 9.01.30 AM 1     WhatsApp Image 2024 06 13 at 9.01.30 AM 2

WhatsApp Image 2024 06 13 at 8.57.42 AM

5th International Conference on Smart Sensors and Applications (ICSSA) 2024

2024 0524 1080 x 1080 Poster ICSSA Conference

โ—Deadline Approaching: Only 4 Days Left to Submit Your Papers!

5th International Conference on Smart Sensors and Applications (ICSSA) 2024

We are excited to invite you to submit your research papers to our upcoming conference. With only 4 days left until the submission deadline, now is the time to finalize your work and share your innovative research with peers and experts in your field.

โณ Date : 10th - 12th September 2024
๐Ÿ“Œ Venue: St Giles Wembley Hotel, Penang, Malaysia.
๐Ÿ–‡๏ธ Organizer: Faculty of Artificial Intelligence, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
๐Ÿ“ Collaborator: IEEE Instrumentation and Measurement Society Malaysia Chapter (IMS)
๐Ÿ—ณ๏ธ Co-organizers: Universiti Sains Malaysia (USM) and Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

๐Ÿ“ Paper submission: http://edas.info/N31975
๐ŸŒŽ Website: http://razak.utm.my/icssa2024
๐Ÿ–ฅ๏ธ Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Don't miss this opportunity to be a part of our prestigious event. We look forward to receiving your submissions and welcoming you to our conference!๐Ÿ˜Š