
Rabu, 5/12/2018: Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE), USM pada hari ini telah memecah tradisi kursus rekabentuk Capstone dengan menganjurkan acara Pameran Rekabentuk Kejuruteraan 2018. Acara “SEEE Engineering Design Exhibition 2018” yang julung-julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Profesor Ir. Dr. Nor Ashidi Mat Isa, Timbalan Dekan Akademik, PPKEE, di Dewan Serbaguna Kampus Kejuruteraan, USM dengan bertemakan “Solving Local Industries and Business Problems”. Sambutan yang amat menggalakkan dihadiri oleh pengunjung daripada syarikat perniagaan, industri, organisasi profesional, institusi pendidikan dan masyarakat sekitar telah memenuhi dewan bagi menyaksikan demonstrasi 32 buah prototaip yang dipersembahkan oleh 32 kumpulan capstone yang melibatkan lebih 140 orang pelajar tahun akhir.

Kumpulan pelajar ini tidak menghampakan pengunjung dengan pelbagai prototaip yang telah direka khas bukan sahaja untuk syarikat perniagaan sekitar seperti Mydin dan Farmasi Pekaka, malah untuk institusi pendidikan seperti Tadika Didik Kreatif dan juga industri berteknologi tinggi seperti Continental Automotive Components Sdn Bhd dan Pegasus Automation Sdn Bhd. Wakil dari organisasi-organisasi ini telah berganding bahu dengan pihak penaja daripada National Instruments, Keysight Technologies serta Institute of Engineers Malaysia (IEM) dan Institute of Technology, UK (IET) serta jabatan-jabatan kampus kejuruteraan USM seperti Jabatan Pembangunan dan Pusat Sejahtera dalam menilai dan mengadili projek-projek bagi mengenalpasti para pemenang bagi empat kategori pertandingan iaitu “Best Poster”, “Most Creative Design” dan “Most Impactful Design”.
Baca selanjutnya: SEEE ENGINEERING DESIGN 2018